Band Jepun Sajikan Penonton Dengan Persembahan Selama 8 Saat Sahaja

Sebuah band Jepun yang dikenali sebagai Golden Bomber mengejutkan peminat dengan salah satu konsert paling aneh pernah dibuat – konsert yang cuma berdurasi 8 saat – dalam lagu yang dipanggil ‘8 Second Encouter’.

 

Pada 29 Jun lalu, peminat Golden Bomber mula memenuhi pasaraya Ikebukuro Sunshine City di Tokyo sehinggakan ada yang sanggup menunggu enam jam awal untuk memastikan mereka dapat duduk di bahagian berdekatan dengan pentas – yang mana boleh disifatkan sangat tak masuk akal kerana persembahan itu cuma berdurasi selama 8 saat.

 

Pada permulaan persembahan itu, keempat-empat ahli kumpulan Golden Bomber berlari ke atas pentas, mengambil alat muzik masing-masin dan memainkan sebuah lagu dalam persembahan 8 saat itu. Persembahan pendek percuma itu disambut dengan sorakan padu dari penonton.

 

 

Sumber: Siakap Keli

Start typing and press Enter to search