Mia Ahmad Kongsi Foto Berbulan Madu Di Instagram

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga Januari lalu, pelakon manis Mia Ahmad pernah memberitahu oleh kerana jadual suaminya, bintang bola sepak Mohd Izham yang padat sebelum ini membuatkan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama malah turut belum berbulan madu lagi.

 

Namun, terbaru di Instagram miliknya, Mia ada memuat naik beberapa foto romantis bersama suaminya yang sedang menikmati bulan madu di Santorini.

 

Seronoknya pengantin baru ni. Masih di dalam fasa bulan madu dan mengenali diri masing-masing, mereka berdua telah terbang ke negara yang terkenal sebagai salah satu tempat paling romantis dan indah di dunia.

 

Ketika dalam percutian tersebut, beberapa keping foto dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing.

 

Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang jelas terpancar menerusi wajah Mia mahupun Izham. Malah ada yang beranggapan pasangan ini sangat serasi bersama.

 

Perkongsiaan pelakon Hati Perempuan ini juga menyebabkan peminat teruja dan mendoakan Mia segera hamil dan segera menimang cahaya mata.

 

Normala Bariran : “Happy honeymoon mia and izham..hope soon have good news..hehe..Aamiin”

 

Tidak kurang juga yang memuji Mia sangat cantik dan pandai menjaga aurat walaupun dinegara orang.

 

Sfiezah_ Osman : “Satu lagi kami-kami sayang dengan Mia Ahmad ni walau dimana pun dia berada aurat tetap terpelihara…terus istiqkamah ye mia.”

 

Semoga berbahagia selalu Mia dan suami. Jom kita lihat pasangan romantis ini berbulan madu di Santorini!

 

 

Sumber: Media Hiburan

Start typing and press Enter to search