Chef Wan Bengang Cucu Kena Mekap Untuk Majalah

Image result for Chef Wan Bengang Cucu Kena Mekap Untuk Majalah

 

Gara-gara kurang senang melihat wajah cucunya disolek lebih-lebih di dalam sebuah majalah tempatan, Chef Wan berkongsikan perkara tersebut di Instagram. Melalui muatnaik gambar tersebut, Chef Wan turut menyelar tindakan anaknya, Serina, kerana membenarkan perkara tersebut terjadi.

 

 

Tambah Chef Wan, kanak-kanak tidak sepatutnya jadi dan sebagai kanak-kanak mereka tidak perlu disolek sehingga kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

 

“Kanak kanak sepatutnya dibiarkan menikmati zaman kanak-kanak mereka dan membesar sama macam kanak-kanak yang lain. Akan tiba masa yang sesuai untuk setiap perkara apabila dia meningkat remaja dan membesar nanti,” antara luahan hati Chef Wan.

 

Perkara tersebut ternyata dipersetujui oleh pengikutnya di laman Instagram tersebut yang turut menyokong bahawa kanak-kanak tidak sepatunya disolek dengan melebih-lebih.

 

Sumber: Rotikaya

Start typing and press Enter to search