5 Petua Hilangkan Bau Kaki

 

Anda ada masalah bau kaki? Tidak tahu bagaimana cara ingin hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu? Pakai je kasut nanti mesti berbau , ya tak? Usah bimbang, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Disini, ada petua yang anda harus amalkan untuk elak daripada masalah kaki berbau. Jom kita usha apa petua tersebut!

 

1. Rendam

 

Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.

 

2. Buang Daki

 

Ambil limau purut yang direndam bersama air tu, sental di tapak kaki dan juga di sekelilingnya hingga mengeluarkan daki.

 

3. Berus

 

Setelah siap sental dan agak-agak dah bersih, keluarkan berus bagi meghilangkan kotoran di bahagian kuku dan kaki.

 

4. Urut

 

Sapu Losyen dan lakukan sedikit urutan di bahagian tapak kaki.

 

5. Semburan

 

Sembur sedikit pewangi bagi memberikan kesegaran.

 

Amalkan selalu ya? Insyaallah pasti hilang masalah bau kaki anda. Selamat mencuba!

 

Sumber: Saja Kongsi

Start typing and press Enter to search