Fathia Kena Lagi, Tak Faham Tajuk Berita Pula

Fathia Latiff

 

SELEPAS reda dengan kontroversi menari di aplikasi Bigo Live, pelakon Nur Fathia Latiff pada Khamis dikecam sekali lagi apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita dari The Star Online.

 

Pelakon Ariana Rose itu berpendapat berita bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050” yang disiarkan pada Rabu itu sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

 

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

 

 

Bagaimanapun, menyedari kesilapan tersebut, Fathia memuat naik status menjelaskan perkataan cashless membawa pelbagai maksud.

 

Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip,” tulisnya.

 

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita tersebut terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.

 

Status itu turut mendapat lebih 300 komen negatif netizen dan 600 ulang siar di Twitter.

 

Cashless bermaksud transaksi jual beli dilakukan tanpa wang tunai sebaliknya menerusi dalam talian, kad debit atau kredit.

 

 

Malah, pelakon Redza Minhat turut berminat menegur Fathia bahawa ayat cashless yang digunakan dalam artikel berkenaan adalah ayat yang sebetulnya mengikut terma.

 

Katanya lagi, sebagai pelakon Fathia seharusnya agar tidak menjejaskan kredibiliti sebagai seorang pelakon.

 

“Ia adalah perkataan yang betul, Kamu betul berita itu adalah sebuah berita dan bukannya gosip, jadi bacalah seperti sebuah berita,” ujarnya.

 

Sumber: mStar Online

Start typing and press Enter to search