So Sweet! Betty Rahmad Dilamar Kekasih Di Bali

Image result for betty rahmad ardy damis

 

Adik kepada pelakon terkenal Umie Aida dan Erma Fatima, Betty Rahmad telah dilamar oleh kekasih hatinya, Ardy Amis di negara yang cukup terkenal dengan keindahan dan suasana romantik, Bali, Indonesia.

 

 

 

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Betty, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan gambar cincin di sebuah restoran di Bali.

 

 

Ruangan komen di Instagram Betty juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan ucapan tahniah.

 

Malah, ramai rakan artis seperti Nabila Huda, Eyka farhana,Nadia Brian, Awal Ashari, Erin Malek, Bella Dally,Lisa Surihani dan Ziela jalil turut mengucapkan tahniah dengan berita gembira yang dikongsinya.

 

 

Menerusi instagram milik Ardy pula, dilihat Betty telah menyarung cincin tersebut dijari manisnya dengan menulis,

 

”She said YES!!!!” Ujarnya.

 

 

Malah, Ardy juga telah memuat naik video sepanjang lamaran dalam suasana romantik diterangi cahaya lilin. Sangat romantik seperti filem cinta!

 

Love you fiancé ❤️ @bettyrahmad

A post shared by Ardy Damis (@ardydamis) on

 

“Love you fiancé @bettyrahmad”

 

Dalam masa sama, sahabat baiknya Nora dan Nedim tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat pasangan sejoli itu.

 

Untuk pengetahuan, Betty pernah berlakon dalam drama Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijualdan Andalusia. Namun, Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cun dan Ammara Batrisya.

 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Betty dan Ardy. Semoga semua urusan dipermudahkan.

 

Sumber: Media Hiburan

Start typing and press Enter to search