Fattah Amin Tunai Umrah 15 November, Tapi Dengan Siapa?

Fattah Amin Tunai Umrah 15 November, Tapi Dengan Siapa?

 

Pelakon sensasi kesayangan ramai, Fattah Amin bakal ke tanah suci Mekah pada 15 November untuk menunaikan ibadah umrah.

 

Namun, teka-teki individu yang bakal bersama Fattah menunaikan umrah masih belum terjawab.
Kesempatan untuk bertemu Fattah sempena majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam tadi akhirnya menjawab segala persoalan.

 

“Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri.

 

“Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan umrah pun saya banyak menyerahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah,” jelasnya kepada Astro Gempak.

 

Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.

 

Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

 

“Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas.

 

Sumber: Astro Gempak

Start typing and press Enter to search