Nabila Razali Sambut Birthday Ke-25, Pakai Sedondon Dengan Aedy Ashraf – Sweetnya!

Nabila Razali Sambut Birthday Ke-25, Pakai Sedondon Dengan Aedy Ashraf - Sweetnya!

 

Beberapa jam lalu dan penyanyi Nabila Razali memuat naik beberapa foto di sekitar majlis sambutan hari lahirnya yang ke-25, di akaun Instagram (IG).

 

Menariknya, pada majlis tersebut Nabila dan pelakon Aedy Ashraf tampil berpakaian sedondon.

 

Kedua-dua pasangan ini memakai jaket jeans berwarna biru.

 

Entri tersebut telah mendapat lebih daripada 38 ribu likes dan 630 komen daripada pengikutnya di IG.

 

Nabila sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan Aedy.

 

Dia juga mengakui hubungan persahabatannya dengan Aedy sedang di peringkat mengenali hati budi masing-masing.

 

Hubungan antara Aedy dan Nabila mula menjadi perhatian netizen apabila mereka berdua memuat naik gambar romantis di IG masing-masing.

 

 

Sumber: Astro Gempak

Start typing and press Enter to search