Elak tayar jatuh, Kamal Adli kemalangan

 

KUALA LUMPUR: Panas dengan kontroversi kisah cinta bersama Emma Maembong dan kemenangan dalam program realiti Super Spontan Superstar yang dipertikai, Kamal Adli diuji pula dengan insiden cemas membabitkan kereta dipandu pembantunya, minggu lalu.

 

Dalam kejadian itu, kereta dinaiki Kamal hampir terbabas gara-gara mengelak tayar yang jatuh daripada sebuah lori dalam kejadian di laluan Nilai-Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan.

 

Menceritakan insiden itu, Kamal, 31, memberitahu, dia dan pembantunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran, kira-kira jam 5 pagi.

 

“Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke permukaan jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.

 

“Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena ‘airbag’ yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.

 

“Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik,” katanya kepada BH Online.

 

Sumber: BH Online

Start typing and press Enter to search