‘Suri Hati Mr Pilot’ Antara Drama Tercalon Anugerah Telenovela 2017

Suri Hati Mr Pilot antara drama yang menerima enam pencalonan di Anugerah Telenovela.

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 drama adaptasi novel popular berentap dalam kategori Drama Terbaik di Anugerah Telenovela 2017 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Disember depan.

 

Antara drama tersebut ialah Uda dan Dara, Akadku Yang TerakhirBiar Aku Jadi Penunggu, dan Cik Cinderella Dan Encik Tengku.

 

Karya lain yang turut tercalon dalam kategori sama ialah Imam Mudaku Romantik, Mr. Boss Miss Stalker, Pergilah Air Mata, Seindah Takdir Cinta, Sha dan Shah, dan Suri Hati Mr. Pilot.

 

Bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Kamal Adli dan Ashraf Muslim mendominasi kategori berkenaan apabila masing-masing mendapat tiga pencalonan menerusi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Popular.

 

Manakala, kategori Pelakon Wanita Terbaik pula menyaksikan Syatila Melvin mengungguli pencalonan menerusi dua drama lakonannya iaitu Sha dan Shah dan Imam Mudaku Romatik.

 

Antara pelakon lelaki dan wanita yang tersenarai dalam 10 terbaik dan bakal berentap di acara kemuncak ialah Fattah Amin  Shukri Yahaya, Alif Satar, Hisyam Hamid, Janna Nick, Neelofa dan Siti Saleha.

 

Zahirah MacWilson dan Syukri Yahaya membintangi drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku.

 

Sementara itu, anugerah pengarah terbaik pula membariskan 11 pengarah popular iaitu Michael Ang dan Hadith Omar menerusi Suri Hati Mr. Pilot, Eoon Suhaimi (Cik Cinderella dan Encik Tengku), Heykal Hanafiah (Mr. Boss Miss Stalker) dan ramai lagi.

 

Dalam pada itu, anugerah ini turut menampilkan empat kategori popular berdasarkan undian peminat yang dibuka daripada 14 November sehingga 22 Disember depan.

 

Kategori itu ialah Novel Popular, Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular.

 

Ashraf Musim terima tiga pencalonan.

 

Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Hasan Hamzah selaku penganjur berkata, dia tidak menyangka pengundian empat kategori itu akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat.

 

“Sewaktu undian peringkat pertama, saya menjangkakan undian sekitar 300,000 sahaja. Namun, undian yang kami terima mencecah sejuta.

 

“Jadi, undian peringkat seterusnya yang sedang berlangsung sehingga 22 Disember ini akan menentukan artis dan karya manakah akan diangkat sebagai juara bagi kategori popular sewaktu acara nanti,” ujarnya sewaktu acara itu.

 

Kamal Adli tercalon menerusi drama Sha Dan Shah.

 

Dia ditemui sewaktu majlis pengumuman 10 terbaik bagi pencalonan Anugerah Telenovela di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, pada Selasa.

 

Tambahnya lagi, pihaknya juga merancang untuk membawa anugerah itu ke peringkat lebih tinggi menerusi penganjuran pada tahun hadapan.

 

Ujarnya, penganjuran pada tahun hadapan akan melibatkan penyertaan dari negara Hong Kong, Filipina, Indonesia, Mexico, Turki dan Iran.

 

Menerusi Anugerah Telenovela 2017, 38 drama adaptasi novel dicalonkan dan pemenang akan diumumkan pada 23 Disember depan.

 

Kategori Anugerah

 

1. Novel Popular

2. Telenovela Popular

3. Pelakon Lelaki Popular

4. Pelakon Wanita Popular

5. Novelis Terbaik

6. Novel Terbaik

7. Telenovela Terbaik

8. Pelakon Lelaki Terbaik

9. Pelakon Wanita Terbaik

10. Pengarah Terbaik

11. Penulis Skrip Terbaik

12. Penerbit Novel Terbaik

13. Penerbit Telenovela Terbaik

14. Stesen Penyiar Telenovela Paling Popular

15. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak

16. Anugerah Khas Pilihan Juri

17. Pengarah Prolifik

18. Pelakon Lelaki Prolifik

19. Pelakon Wanita Prolifik

20. Penerbit Novel Prolifik

21. Penerbit Telenovela Prolifik

22. TV Online

23. Anugerah Khas Juri (5 Anugerah)

 

Sumber: mStar Online

Start typing and press Enter to search