Untitled Document
Untitled Document
Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM

Pengerusi Eksekutif Manis FM

TAN SRI DATO’ HJ. HUSEIN AHMAD ialah insan di belakang MANIS FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini. Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran, Tan Sri ialah tenaga dan pemikir di sebalik tiap gerak kerja stesen ini. Pandangan jauh dan visinya telah membawa ‘bayi penyiaran’ ini menjangkau zaman dewasa dalam satu jangkamasa yang menakjubkan. Insan pemurah dan berhati mulia ini, dengan gayanya sendiri, telah membawa stesen radio MANIS FM melalui liku-liku hidup yang penuh 'onak dan duri',dengan jayanya. Apa pun, ketegasan dan keazamannya, telah mengemudi stesen ini ke arah satu halatuju dan jalanan ke satu masa depan yang penuh kecemerlangan dan kejayaan.

Pihak Pengurusan Manis FM

MANIS FM diuruskan oleh sekumpulan tenaga mahir serta berpengalaman. Kumpulan ini merupakan tunjang kepada MANIS FM dalam memulakan operasinya yang sentiasa mengutamakan kepentingan pendengar di dalam perancangan dan aktiviti pemasarannya. Juruhebah di MANIS FM telah dipilih berdasarkan rekod kejayaan lalu dan tahap populariti mereka. Suara-suara baru juga turut dipilih untuk menjayakan program-program di MANIS FM. Pengambilan strategik juruhebah ini disesuaikan untuk semua pendengar di pelbagai peringkat umur.