Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM
 
 
 
           
 
3 Golongan Awal Ke Neraka
     
  10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah
     
Jarak Antara Dunia Akhirat    
4 Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka  
 
 
   
 

TAJUK: 11 JENIS MANUSIA DIDOAKAN MALAIKAT

 

PERCAYA   kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:  

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."  


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.  

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:  

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"  

 

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.  


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."  


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."  


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.  


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."  


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.  

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."  


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:  

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab:   'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'   "

   
 
 
 
 
Arkib Tazkirah
 
  Salam  
Logiknya Solat
Mewarnakan Rambut
Dosa Berkuku Panjang
Menghormati Azan
10 Jenis Orang Islam Yang Kejam
Perihal Doa
Sinar Cahaya Ayat Kursi
Dosa Mengumpat
Bacalah YASSIN
Pengemis Dan Isteri Cantik
Tawaduk Kikis sombong
Punca Hati Tidak Bahagia
Hadiah Terbaik Dan Terburuk
Manusia Didoakan Malaikat