Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM
 
 
 
           
 
3 Golongan Awal Ke Neraka
     
  10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah
     
Jarak Antara Dunia Dan Akhirat    
4 Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka  
 
 
   
 

TAJUK: HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

 

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;  

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang   terburuk   daripadanya untuk saya makan."  


Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut   hati dan lidah   kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.  

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta   bahagian yang terbaik   daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman   tetap mengirim hati dan lidah   juga kepada wanita itu.  

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"  


Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;  

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."  


Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.



P/S:
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:  

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:  

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati ."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

   
 
 
 
 
Arkib Tazkirah
 
  Salam  
Logiknya Solat
Mewarnakan Rambut
Dosa Berkuku Panjang
Menghormati Azan
10 Jenis Orang Islam Yang Kejam
Perihal Doa
Sinar Cahaya Ayat Kursi
Dosa Mengumpat
Bacalah YASSIN
Pengemis Dan Isteri Cantik
Tawaduk Kikis Sombong
Punca Hati Tidak Bahagia
Hadiah Terbaik Dan Terburuk
Manusia Didoakan Malaikat