Video Muzik ‘Seikhlas Cinta’ Tiada Kaitan Fattah Amin

sherry-ibrahim

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim menafikan muzik video single pertamanya berjudul Seikhlas Cinta berkisar tentang kisah percintaannya dengan pelakon Fattah Amin yang terputus di tengah jalan.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 33,berkata, definasi cinta pada lagu berkenaan bukan ditujukan kepada kekasih, sebaliknya kepada Tuhan, keluarga dan sahabat.

“Muzik video ini tidak berkisarkan mengenai kisah perjalanan hidup saya, konsep sepenuhnya adalah daripada pihak syarikan kosmetik Deeja Cosmetic dan produksi Tangerine Pictures.

“Bagi saya definasi cinta dalam lagu Seikhlas Cinta bukan hanya cinta kepada kekasih tetapi ianya bersifat universal dan cinta itu boleh ada kepada Allah,keluarga dan kawan-kawan,” ujarnya kepada mStar Online.

Sherry ditanya mengenai muzik video Seikhlas Cinta yang sudah dimuat naik di laman YouTube pada 21 November lalu.

Pasangan ini dilaporkan berpisah sekitar Ogos lalu.Tambahnya, muzik video berkenaan mengisahkan kehidupan seorang wanita yang mencari kekuatan untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan.

“Apa yang ingin disampaikan ialah keyakinan luaran akan seiring datang melalui kekuatan dalaman.

“Penggambaran muzik video ini dilakukan di sekitar negeri di pantai timur iaitu Kelantan & Terengganu,” ujarnya.

Aktres ini turut memberitahu, video muzik ini mempunyai keunikan tersendiri kerana berkonsepkan manimalis dan dekat dengan masyarakat.

Katanya, ia juga menonjolkan keunikan budaya masyarakat di Malaysia.

Keistimewaannya, ia dilakukan di Malaysia, di beberapa negeri di Pantai Timur serta ia menggambarkan keunikkan budaya dan tempat-tempat menarik dalam negara.

“Saya amat menyukai konsep ini kerana saya rase lebih dekat dengan masyarakat, penduduk kampung setempat,” ujarnya.

Video muzik lagu ciptaan Hadi Hassan dan lirik oleh J.Looi itu diarahkan oleh Bob Husaini.

Dalam perkembangan kerjaya, Sherry berkata, dia kini menumpukan perhatian kepada Deeja Cosmetic dan bakal memulakan penggambaran pada Januari depan. – MstarOnline

Lain-Lain Berita

Taip di bawah untuk carian