10 lelaki berdepan detik cemas kapal hampir karam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Tiga wakil pekerja syarikat pelantar minyak bersama tujuh lagi individu berdepan detik cemas apabila kapal pengangkut pekerja dinaiki mereka hampir karam di muara kuala Sungai Terengganu, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mereka sedang menjalankan ujian di laut ke atas kapal berkenaan yang disewa daripada sebuah syarikat perkapalan berpengkalan di Miri, Sarawak.

Kapal berpengkalan di Miri, Sarawak tiba di Terengganu semalam sebelum melakukan ujian di laut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya dimaklumkan syarikat itu keluar dari jeti Pulau Duyong di sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk melakukan ujian di laut.

“Bagaimanapun, ketika mahu berpatah balik ke jeti semula, kapal itu tiba-tiba mengalami kerosakan teknikal.

“Pada masa sama, keadaan ombak besar dan menolak kapal berkenaan sehingga tersadai ke tebing pemecah ombak di lokasi.

“Bagaimanapun, kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 40-an selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: My Metro