SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

11 tahun berkelana, Ghaddar kembali ke Lebanon

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Kelantan, Felda United dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammed Ghaddar akhirnya kembali ke pangkuan kelab asalnya di Lebanon selepas 11 tahun berkelana di luar negara.

Menurut satu kemaskini dari akaun Twitter FA Lebanon, Mohammed Ghaddar kini menyertai Nejmeh SC iaitu kelab di mana dia memulakan karier bola sepaknya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Ghaddar berhijrah dari kelab Nejmeh SC ketika berusia 25 tahun dan kini selepas 11 tahun beraksi dengan pelbagai pasukan dari beberapa negara, dia kembali ke ‘tempat asalnya’.

Apa yang pasti, nama Ghaddar akan sentiasa melekat dalam jiwa penyokong Kelantan apabila pemain itu berjaya meninggalkan satu impak hebat dalam sejarah bola sepak negeri itu ketika dibawa ke Kota Bharu pada hujung musim 2011.

Dia adalah salah seorang dari pemain Kelantan yang berjaya mencipta sejarah skuad The Red Warriors menggondol kejuaraan ‘treble’ pada musim 2012.

Sumber: MalaysiaGazette

Terkini | Popular