
BEIJING – Runtuhan sebuah jambatan kereta api yang masih dalam pembinaan di atas sebuah sungai utama di China telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang pekerja dan menyebabkan empat lagi hilang, lapor CNN.
Foto udara yang dikeluarkan Agensi Berita Xinhua menunjukkan sebahagian besar struktur hilang dari lengkungan jambatan berwarna hijau kebiruan.
Satu bahagian dek jambatan yang bengkok kelihatan tergantung ke bawah ke arah Yellow River di bawahnya.
Menurut Xinhua, ketika kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi Jumaat, seramai 16 pekerja berada di atas jambatan di wilayah Qinghai, barat laut China, apabila sebatang kabel keluli putus semasa kerja penegangan dijalankan.
Bot, sebuah helikopter dan robot sedang digunakan untuk operasi mencari mangsa yang hilang.
Menurut akhbar China Daily edisi bahasa Inggeris, jambatan tersebut mempunyai panjang 1.6 kilometer dan dek jambatan berada pada ketinggian 55 meter dari permukaan sungai.
Sumber : SINAR HARIAN





