15 tips mudah untuk pastikan kereta anda sentiasa bersih dan kemas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Purata seorang rakyat Malaysia memandu kereta sebanyak 293 jam setahun! Tidak peliklah kalau ada orang kata kereta merupakan rumah kedua mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat memastikan kereta mereka betul-betul bersih dan tidak bersepah. Dengan menggunakan 15 tips ini, gerenti kereta anda akan sentiasa bersih mcm kereta baru!

1. Gunakan sudu dan tuala untuk bersihkan salur penghawa dingin

Salur penghawa dingin adalah bahagian paling susah dibersihkan di dalam kereta tapi jangan risau! Balutkan tuala kecil/ sapu tangan nipis di bahagian pemegang sudu/garfu dan anda boleh bersihkan salur pendingin udara dengan mudah.

2. Segarkan kereta anda dengan buah nanas.

Jika anda mahukan pewangi kereta semula jadi yang bebas bahan kimia, anda boleh memotong buah nenas dan meletakkan di dashboard kereta anda! Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kereta anda berbau wangi. Tapi anda perlu ingat! Potongan buah nanas perlu dibekukan dan diletakkan di dalam plasti kedap udara agar bau harumnya tidak hilang sebelum dimasukkan dalam kereta tau. Jangan lupa juga, selepas menggunakan buah nanas, letakkan didalam bekas kedap udara untuk mengelakkan semut datang ke dalam kereta anda. Anda semestinya mahu perkara ini terjadi betul tak?

3. Gunakan stokin yang tidak digunakan sebagai alas pemegang minuman anda

Pemegang minuman di dalam kereta selalunya tempat yang paling kotor. Tempat nilah selalunya dipenuhi dengan balutan makanan, debu, malah sisa gula-gula getah! Dengan menggunakan stokin yang tidak digunakan sebagai alas pemegang minuman, anda tidak perlu risau lagi pemegang minuman anda kotor lagi!

4. Letakkan tisu di tempat yang anda boleh capai.

Laburkan sedikit duit anda untuk membeli bekas pemegang tisu khas di dalam kereta. Bukan sahaja mudah dicapai, malah anda senang membersihkan kotoran di dalam kereta. Anda tidak perlu lagi mencari-cari tisu di dalam beg ataupun megagau di kerusi belakang untuk mencari tisu.

5. Buang bau hapak di pelapik kerusi anda dengan menggunakan serbuk penaik

Kerusi pelapik kereta anda berbau hapak? Taburkan serbuk penaik atas kerusi pelapik anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum bersihkannya menggunakan pembersih vakum. Dengan menggunakan serbuk penaik, anda boleh membasmi kuman dan bau hapak di kerusi pelapik kereta anda tanpa menggunakan bahan kimia!

6. Kilatkan bahagian kulit kereta anda menggunakan minyak zaitun

Pernah tak anda lap bahagian kulit di dalam kereta menggunakan air? Jangan! Lebih baik anda gantikan air dengan minyak zaitun. Tuangkan sedikit minyak zaitun atas secebis kain bersih dan lapkan di permukaan kulit untuk mengilatkannya. Anda tidak perlu lagi beli produk rawatan kulit untuk mengilatkan bahagian kulit kereta anda.

7. Cara hilangkan kotoran

Pernah tak anak-anak anda tertinggal krayon dalam kereta lps tu bila anda bersihkan kereta, kesan krayon itu tidak boleh hilang. Alamak! Mcm mne ni? Jangan risau, letakkan keretas atas kesan kotoran krayon itu dan panaskan ia. Kesan itu akan melekat di atas keretas dan anda akan bebas daripada kotoran krayon tersebut!

8. Gunakan tisu basah bayi untuk bersihkan cermin depan dan tingkap anda.

 

Rupa-rupanya, bahan yang terdapat di dalam tisu basah bayi boleh membersihkan cermin depan dan tingkap anda untuk jangka masal lama. Malah, ia juga tidak meninggalkan kesan apabila dilap. Jadi anda tidak perlu lagi basuh 2 kali selepas mengelap menggunakan tisu basah bayi.

9. Lapik belakang kerusi anda.

Bila anak anda sangat aktif di kerusi belakang, anda sering mendapati belakang kerusi anda kotor dengan kotoraan ataupun bekas tapak kasut. Pelapik belakang kerusi boleh menghalang perkara ini berlaku. Lihat DIY (goo.gl/hTAKV7Ga) Β ini untuk melindungi kerusi belakang anda!

10. Simpan wayar usb anda dalam bekas kecil.

https://www.instagram.com/p/BhhhAKhDoT5/?utm_source=ig_embed

Anda serabut dengan wayar usb yang berselirat di dalam kereta anda? Ambil cawan keretas berpenutup yang anda tidak gunakan dan 2 tebuk lubang untuk mengeluarkan kepala wayar dan hujung wayar. Kini, anda tidak perlu risau lagi wayar usb anda berselirat semasa anda memandu!

10. Buat pewangi kereta anda sendiri

Beli bekas garam lutsinar dan letakkan lilin wangi mudah cair untuk mewangikan keeta anda. Bila dalam cuaca panas, dalaman kereta anda akan membahang mencairkan lilin itu lantas mewangikan dalaman kereta anda.

11. Letakkan pengalas diantara celah ruang kerusi dan sebelah brek.

Pernah tak barang anda terjatuh di celah kerusi dan sebelah brek? Perkara ini sangat menjengkel kita sebenarnya. Cuba anda beli gap seat space filler dan anda tidak perlu risau lagi barang anda akan termasuk didalam celah itu.

12. Buang kelembapan berlebihan menggunakan gel silika.

Letak beberapa paket gel silika yang anda boleh dapati di dalam kotak kasut di atas dashboard. Desiccants yang terkandaung dalam gel silika akauntuk menyerap kelembapan di dalam kereta dan megelakkan cermindepan adna berkabus apabila berlaku hujan lebat

13. Cipta ruang simpanan anda sendiri.

Anda duduk dalam kereta anda kemudian anda lihat sekeliling kereta anda. Adakah anda pernah terfikir β€œ bersepahnya dalam kereta ni..”? jika anda pernah, sudah tiba masanya untuk buat ruang simpanan anda sendiri. Bagaimana? Anda boleh beli back seat organizer di kedai hardware berdekatan untuk menambah ruang di dalam kereta. Di kemudian hari, anda akan berasa gembira kerana kereta anda tidak lagi bersepah seperti pernah berlaku gempa bumi di dalam kereta anda.

14. Tempat letak telefon

View this post on Instagram

DIY elastic band iphone holder #carhacks #gps

A post shared by Irene Loh (@lizardirene) on

Sekiranya anda perlu menggunakan GPS pada telefon anda, jangan memandu dan memegang telefon pada masa yang sama, ambil tali getah, masukkan hujung tali getah di palang-palang aircond, anda tarik keluar ke bawah hujung tali getah itu. Kemudian letakkan telefon anda pada kedua-dua hujung di sekitar telefon anda anda dan selamat memandu!

15. Penyelesaian kepada pintu kereta bercalar semasa membuka pintu

Untuk mengelakkan daripada kereta sebelah anda calar semasa anda membuka pintu kereta anda, letakkan pool noddle sepanjang 20cm yang dibelah tengah, di hujung pintu sebelum anda membuka pintu. Dengan ini anda tidak perluΒ  risau kereta sebelah anda mengalami calar-calar semasa membuka pintu.

Sumber: Brightside