SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

1,638 Kes Denggi Direkodkan Di Kuantan Sejak Januari

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sejumlah 1,638 kes demam denggi direkodkan di daerah Kuantan sejak Januari sehingga semalam. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin berkata, sebanyak 14 lokaliti wabak denggi baharu direkodkan di Sungai Karang Pantai dan Taman Semabok Fasa 2 dengan kes tertinggi setakat ini iaitu masing-masing enam kes.

Menurutnya, Taman Cenderawasih Indah mencatatkan lima kes baharu, Flat Pak Mahat dan Taman Pandan Permai (empat kes), Taman PAKR Sungai Pandan (Bukit Rangin), Taman Seri Setali 2 Jalan Haji Ahmad, Taman Aman Bukit Sekilau, Taman Air Putih Perdana Galing, Kampung Peramu (DM153), Bangunan Lot Kedai IM3 dan Taman Seri Mahkota Aman pula masing-masing tiga kes.

Selain itu, Taman LKNP Bukit Setongkol Timur dan Kampung Peramu (Lot 399) pula mencatatkan sebanyak dua kes. Jumlah itu direkodkan oleh Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan yang mana wabak ini menunjukkan statistik meningkat bagi daerah ini.

Hamdan berkata, setiap minggu MPK bersama pelbagai agensi seperti jabatan kesihatan, Alam Flora, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) turun padang bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai demam denggi.

Oleh itu, saya gesa semua masyarakat mengambil inisiatif untuk membersihkan kediaman mereka terutama di kawasan takungan air dan kolah. Luangkan masa 10 hingga 20 minit seminggu untuk membersihkan rumah.

Sumber : Sinar Harian

Terkini | Popular