SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

18,743 bakal duduki SPM di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Seramai 18,743 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 termasuk calon persendirian akan menduduki peperiksaan itu di 169 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani berkata, untuk itu semua calon berkenaan perlu menjalani proses ujian suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang berada dalam kawasan sekolah termasuk di dewan peperiksaan hari ini.

“Tempat mencuci tangan dan cecair pembasmi kuman ditempatkan di setiap pintu masuk dewan peperiksaan akan disediakan.

“Sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), kedudukan meja setiap calon di dalam dewan juga dijarakkan sehingga satu meter,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, sebanyak 12 kelas peperiksaan SPM termasuk dua untuk Calon Keperluan Khas (CBK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini, siap menjalani proses sanitasi, semalam.

Proses sanitasi di semua kelas sebagai persediaan calon SPM menduduki peperiksaan esok dilakukan 15 anggota skuad Sabil Kuala Terengganu selama tiga jam mulai 11 pagi hingga jam 1 tengah hari.

Selain proses sanitasi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bukit Besar juga menerima mesin dan peralatan semburan bahan kimia bernilai RM500.

Pengetua SMK Bukit Besar Ismail Md Ali berkata, seramai 120 calon SPM 2020 termasuk dua calon yang selesai menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 pada akhir bulan lalu akan menduduki peperiksaan.

Menurutnya, semua bangunan sekolah termasuk 10 kelas peperiksaan dibenarkan untuk digunakan selepas diarahkan ditutup selama 14 hari mulai akhir bulan lalu untuk proses santasi.

“Seramai 20 calon SPM 2020 yang terpaksa menjalani proses kuarantin di asrama sekolah juga disahkan negatif Covid-19,” katanya ketika ditemui ketika menyaksikan proses sanitasi dilakukan anggota skuad Sabil daerah Kuala Terengganu diketuai pengerusinya, Armi Irzan Mohd.

SMK Bukit Besar adalah sekolah menengah di negeri ini yang diarahkan tutup selama 14 hari pada akhir bulan lalu selepas seorang guru dan dua pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Sumber: My Metro