SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

2.6 Juta Rakyat Palestin Bakal Sertai Pilihan Raya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat menyatakan bahawa seramai 2.6 juta rakyat Palestin telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam pemilihan presiden dan parlimen pertama setelah tempoh 15 tahun.

Di laman webnya, jawatankuasa itu memberitahu bahawa jumlah ini mewakili 93.3 peratus rakyat Palestin yang berhak memberikan suara dalam pilihan raya.

“Angka ini mencerminkan keinginan rakyat Palestin untuk ikut serta dalam pilihan raya,” kata pihak itu, dan menyatakan bahawa pendaftaran itu dilakukan tanpa sebarang masalah.

Namun, penduduk Palestin dari kota Hebron di Tebing Barat melaporkan semalam bahawa mereka terkejut ketika mendapati pusat mengundi mereka telah dipindahkan dari tempat mereka.

Pihak jawatankuasa pilihan raya memberitahu akan menyiasat faktor perubahan tempat ini.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Hazem Qasem menuduh perkhidmatan keselamatan autoriti Palestin yang menukar tempat mengundi ini dan menegaskan bahawa ” Campur tangan dalam pilihan raya adalah melanggar perjanjian Kaherah.”

Pada bulan Mei, Julai dan Ogos, rakyat Palestin akan memilih anggota Parlimen, presiden dan anggota Majlis Parlimen Palestin mereka secara berturut-turut.