2 kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat – KKM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri Covid-19 yang mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara.

Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Dua kit berkenaan dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Kit Salixium Covid-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test)saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate® COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA, menurut KKM.

Sumber: My Metro