SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

2,000 belia Terengganu daftar sukarelawan vaksin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN: Lebih 2,000 belia di negeri ini telah mendaftarkan diri untuk berkhidmat sebagai sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) sejak Mac.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Mohd Izwandy Ismail berkata, setakat ini, 233 sukarelawan telah ditempatkan di 13 pusat pemberian vaksin (PPV) bagi membantu melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurutnya, sukarelawan ini ditempatkan mengikut keperluan semasa di setiap PPV di mana mereka akan bertugas mengikut sistem penggiliran dan kumpulan, berdasarkan daerah masing-masing.

Katanya, individu yang mendaftar sebagai sukarelawan MyVac dikehendaki menjalani beberapa saringan kesihatan bagi memastikan mereka bebas dari sebarang penyakit sebelum ditugaskan di PPV.

Selain itu, Mohd Izwandy berkata, pihaknya juga membuat saringan keselamatan dengan pihak polis bagi memastikan mereka yang dilantik tidak mempunyai masalah berkaitan jenayah.

Jelasnya lagi, program sedemikian secara tidak langsung dapat membantu golongan belia yang hilang punca pendapatan susulan pandemik COVID-19.

Setiap sukarelawan MyVac ini akan dibayar elaun sebanyak RM 50 setiap hari.

Sumber: Astro Awani