20,000 Hadir Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Dianggarkan hampir 20,000 orang hadir Program Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata himpunan yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berjalan lancar tanpa sebaran insiden tidak diingini.

“Kekuatan pegawai dan anggota seramai 180 orang dikerahkan untuk kawalan keselamatan dan tiada sebarang insiden berlaku serta tiada laporan polis diterima (setakat ini),” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Anwar mengumumkan dana RM100 juta diperuntukkan kerajaan bagi disalurkan kepada negara bergolak, Palestin sebagai lambang solidariti kepada rakyat negara itu.

Sumber : BERITA HARIAN