22 sekolah di Negeri Sembilan ditutup 2 hari

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seremban: Sebanyak 22 sekolah di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula kelmarin susulan terdapat pengesanan kes positif Covid-19.

Exco Pendidikan negeri Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Batu, SK King George, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chan Wa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lorong Java, SJKC Chung Hua, Seremban.

Katanya, turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, SJKT Nilai, SMK St Paul, SMK King George V, SMK Kompleks KLIA, SMK Bukit Mewah, SJKC Bandar Springhill dan SMK Tuanku Abdul Rahman di Gemas, SMK Gemas, SMJK Chan Wa II, SJKC Bandar Sri Sendayan, SMK Mambau, SK Chembong, SMK Dato’ Sedia Raja dan SK Dato Klana Putra.

Sementara itu, Mohamad Rafie berkata, 14 sekolah yang dilanjutkan tempoh penutupannya bermula hari ini dan esok ialah SK Kompleks KLIA, SJKC Sino English, SJKC Sungai Salak, SJKC Pei Hua, Seremban, SK Si Rusa, SK Lavender Heights, Sekolah Menengah Agama Rembau, SK Jimah Baru dan SK Desa Cempaka.

Katanya, turut menerima arahan perlanjutan penutupan adalah SMK Desa Cempaka, SK Taman Seri Mawar, SK Bandar Sri Sendayan, SK Sega dan SJKT Ladang Tanah Merah.

Bagaimanapun menurutnya, SMK Seremban 2 dilanjutkan penutupannya bermula kelmarin sehingga Jumaat.

Beliau berkata, arahan penutupan itu bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

Sumber: My Metro