SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

231 petugas, peserta korban jalani ujian calitan Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jerantut: Seramai 28 petugas serta 203 peserta ibadah korban dalam kalangan ahli kariah Masjid Tengku Mahkota Abdullah (MTMAJ), di sini, menjalani ujian calitan secara ‘pandu dan lalu’ di pekarangan masjid itu, 19 Julai lalu.

Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah berkata, pihak pengurusan masjid mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

“Kami membuat persediaan rapi khususnya jaminan kesihatan peserta ibadah korban serta petugas supaya terhindar daripada dijangkiti pandemik Covid-19.

“Pihak pengurusan masjid mematuhi arahan MKN dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya mereka menjalani ujian calitan selari dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami memperoleh kebenaran daripada JAIP untuk menganjurkan majlis korban ini di samping mematuhi SOP semasa berada di dalam dan luar perkarangan rumah ibadah ini menerusi pemantauan pegawai masjid ini serta dibantu oleh pihak berkuasa beruniform,” katanya.

Majlis korban ahli kariah MTMAJ akan dilaksanakan pada hari raya kedua Aidiladha membabitkan lapan ekor lembu yang disembelih di Rumah Sembelih Batu Satu, Jalan Jerantut – Benta sebelum dibawa ke MTMAJ untuk dilapah.

Sumber: My Metro