SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

3 individu ditahan tiada permit sah tunai Haji

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
KERAJAAN Arab Saudi menetapkan bakal jemaah dari seluruh dunia perlu mengambil vaksin Pfizer kerana kedua-dua dos dapat diberikan dalam tempoh singkat. โ€“ GAMBAR HIASAN/AFP

Seramai tiga individu ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana tidak mempunyai permit sah mengerjakan ibadah haji.

Lapor Arab News, Ketua Kawalan Keselamatan Haji, Brigadier Jeneral Sami Al-Shuwairekh berkata, kesemua individu itu dikenakan denda sebanyak 10,000 Riyal (RM11,177).

Al-Shuwairekh mengingatkan orang ramai dan penduduk supaya mematuhi peraturan pelaksanaan ibadah haji tahun ini kerana pihak keselamatan akan membawa pesalah yang cuba memasuki Masjidil Haram dan kawasan suci lain seperti Mina, Muzdalifah dan Arafah tanpa permit sehingga 23 Julai depan ke muka pengadilan.

Kementerian Haji dan Umrah memaklumkan jemaah haji akan memasuki kawasan itu bermula 17 dan 18 Julai depan di empat kawasan utama dan mereka akan dibawa ke Masjidil Haram menggunakan bas untuk melaksanakan ibadah tawaf sebelum ke tempat suci lain.

Pihak kementerian turut mengumumkan pendaftaran secara dalam talian sudah bermula sejak 13 Jun lalu dan sudah ditutup.

Sebanyak 60,000 individu terpilih dari negara itu serta mematuhi piawaian kesihatan ditetapkan.

Permit kebenaran turut diberikan kepada penduduk dari 150 negara yang berada di Arab Saudi dengan keutamaan diberikan kepada kumpulan umur tertentu yang tidak pernah melaksanakan Haji sebelum ini.

Sumber: Utusan