3 Khasiat Rambutan untuk Kecantikan

Facebook
Twitter
Google+

Rambutan biasanya dimakan sebagai pencuci mulut selepas makan tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa rambutan juga mempunyai khasiat lain untuk kecantikan kulit wajah.

Rawatan kecantikan yang dihasilkan oleh rambutan bukan hanya digunakan untuk kulit wajah saja, bahkan ia juga berguna untuk rambut. Bukan sahaja buahnya yang mempunyai banyak khasiat, daunnya juga ada khasiat tertentu tau.

Biasanya rambutan hanya dijadikan makanan dan kulit ataupun daunnya dibuang, tapi dari sekarang, kamu harus menyimpan dan menggunakan untuk kecantikan kamu.

Siapa yang nak tahu kecantikan dari rambutan?Untuk lebih lanjut,  lihat 3 khasiat kecantikan dari rambutan.

1. Rambutan untuk wajah lebih cerah

 

Memilih rambutan sebagai ritual untuk membuat wajah anda lebih cerah adalah betul. Selain selamat, menggunakan bahan semulajadi juga boleh dilakukan dalam jangka masa panjang.

Caranya, isi buah rambutan dihaluskan,  kemudian campurkan dengan madu. Campurkan dengan baik kedua-dua bahan. Selepas itu, sapu secara merata di muka, tunggu kira-kira 10-15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

2. Rambutan untuk nutrisi kulit

Rambutan juga berkhasiat untuk menyuburkan kulit, supaya ia sihat dan terasa lembap, anda boleh campurkan isi buah rambutan dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada muka anda selama 15 minit, selepas itu bilas dengan air bersih.

3. Daun rambutan untuk penyubur rambut

Untuk menyuburkan rambut, anda boleh menggunakan daun rambutan yang telah diadun, kemudian disapu ke semua bahagian rambut dan biarkan  sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih. Rambut akan berasa sihat jika anda menggunakannya secara teratur.

Selamat Mencuba

Sumber: Fimela

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008