5 Jenis Followers Instagram Yang Korang Ada! Korang Suka Atau Menyampah?

Facebook
Twitter
Google+

Sekarang ni rasanya semua orang ada account Instagram kan? Dengan features baru macam instastory, stickers, gif dan filters yang best, bertambah seronok dok main Instagram ni.

Tak kurang juga yang gunakan account mereka untuk share resipi. Ha..yang itu sesetengah jelah macamtu.. yang lagi setengah kebanyakkannya perangai macam yang ditulis kat bawah ni.

Ada yang sama situasi dengan admin?

Itu share, ini share, semua pun share!

Yang ni paling lemah admin nak layan. Nak remove, kawan tapi kalau tak remove macam menyampah pun ada. Semua benda weh nak post! Kalau time lepak tak payah cerita lah memang setiap benda dia nak berhenti ambil gambar,aduhai..

Minimalist hipster

Yang ni kadang-kadang admin suka jugak. Sebab nampak macam teratur je gambar-gambar yang diorang post. Tak serabut. Editing dan caption pun selalu ngam!

Troll orang no.1!

Korang ada tak follow page-page yang suka buat komik atau meme? Admin suka follow sebab lawak betul komik diorang! Pantang ada apa-apa isu, cepat je buat komik nak perli haha..

Foodies

Ishh..marah betul kalau follow foodies ni. Suka follow sebab senang lah kalau nak g makan boleh refer situ je. Tapi ada ke patut pukul 12 malam tetiba diorang post gambar makanan sedap-sedap?

Tak ke geram, dah satu hal tidur dengan perut berbunyi..

Selfie power!

Kalau ada anugerah untuk selfie memang admin calonkan lah diorang ni. Power betul selfie diorang!

Lighting sentiasa on point, rambut atau tudung memang terletak je. Tak tahu macam mana diorang buat, tapi senyuman diorang pun sama je dalam semua gambar. Tak ada selfie yang buruk langsung!

So antara semua ni, korang yang mana?

Sumber: Oh Bulan

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008