8 perkara penting perlu diambil berat jika anda kuat berpeluh.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Peluh itu reaksi normal oleh badan terhadap haba; sama ada anda berada dalam cuaca panas ataupun selepas anda bersenam. Ia berfungsi menyejukkan dan mengeluarkan toksin dari badan. Walaubagaimanapun, jika anda berpeluh secara berlebihan, ia mungkin salah satu petanda badan anda mempunyai masalah. Berikut adalah potensi masalah yang dihadapi oleh badan anda jika anda kuat berpeluh.

1. Stress

Jika anda kuat berpeluh, mungkin anda sedang mengalami tekanan atau stress. Stress ini memberikan kesan negatif di dalam tubuh anda. Bukan itu sahaja, peluh yang disebabkan stress akan mengeluarkan bau yang sangat kuat disebabkan ia mengandungi lemak dan protein yang dicampur dengan bakteria kulit.

2. Masalah Tiroid (hiperthyrodism)

Hyperthyroidism adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi ‘hyperaktif’ dan mengeluarkan terlalu banyak hormon tiroid seterusnya meningkatkan kadar metabolisme badan. Anda mungkin berasa cepat gementar, bimbang dan mengalami penurunan berat badan dengan mendadak serta kuat berpeluh. Segeralah berjumpa doktor jika anda mempunyai simptom sebegini.

3. Kandungan gula dalam darah anda rendah (hypoglycemia)

Tahukah anda tentang hypoglycemia(hypoglycemia)? Ia merupakan satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah anda rendah. Anda akan berpeluh walau anda berada di dalam bilik mahupunn di luar rumah. Individu ini bukan sahaja akan mengalami kelaparan yang melampau malahan dia akan mengalami kebimbangan(anxiety), pening-pening dan masalah penglihatan.

4. Hyperhidrosis

Peluh yang berlebihan di Kawasan leher, bawah lengan, tapak tangan atau tapak kaki itu dipanggil hyperhidrosis. Kawasan ini adalah tempat di mana banyak kelenjar peluh berada. Kes ini tidak berbahaya dan ada ubatnya. Anda boleh merujuk kepada doctor untuk rawatan selanjutnya.

5. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan.

Peluh secara berlebihan mungkin disebabkan oleh ubatan yang anda ambil seperti antibiotic, ubat tekanan darah dan dadah psikiatri. Anda tidak perlu risau kerana kesan sampingan ini adalah untuk sementara waktu. Anda boleh mendapat maklumat tentang kesan sampingan di kertas maklumat pada ubat anda.

6. Menopaus (putus kitaran haid)

Menopaus atau perimenopaus selalunya terjadi kepada golongan wanita. Antara simptom yang dialami adalah kepanasan yang teramat dari dada anda diikuti kepala anda yang menyebabkan anda  kuat berpeluh. Antara tanda-tanda yang lain ialah berpeluh, kitaran haid yang tidak teratur, migrane, panas atau sejuk yang melampau disebabkan oleh perubahan tahap estrogen.

7. Demam yang tidak diketahui sebabnya (fuo)

Individu yang mengalami demam tanpa sebab (Fever of Unknown Origin) akan mengalami suhu badan yang tinggi dan ia mengambil tempoh yang lama untuk sembuh (3 minggu ke atas). Terdapat 4 jenis FUO: classical yang selalunya dihidapi oleh individu sihat, nosmicomial pula kesan daripada kemasukan ke hospital, kurang imunisasi pula berlaku pada orang yang mempunyai masalah sistem imunisasi dan penyakit berkaitan HIV.

8. Obesiti

Obesiti adalah gangguan yang dicirikan oleh kehadiran sejumlah besar lemak badan. Genetik, tidak aktif, diet tidak sihat, tabiat makan, ubat-ubatan tertentu, dan kurang tidur boleh menyebabkan obesiti dan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih lanjut. Obesiti menyebabkan hiperhidrosis sekunder (hyperhidrosis yang bukan penyebab utama, tetapi boleh menandakan satu lagi keadaan asas) dan menjadikan kehidupan tidak selesa.

Obesiti adalah disebabkan lemak berlebihan dalam badan yang boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lain. Antara faktor berlakunya obesiti adalah genetik, tidak aktif bersukan, mengamalkan diet yang tidak seimbang, kesan sampingan dari ubat-ubatan dan tidak cukup tidur. Ia akan menimbulkan hyperhidrosis sekunder dan menjadikan kehidupan individu ini tidak selesa.

Sumber : Bright Side