
KUALA LUMPUR : Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Huzaifah Samir al-Kahlout, hari ini telah disahkan syahid dalam serangan rejim Zionis Israel.
Briged al-Qassam memaklumkan Abu Ubaidah telah terkorban dalam serangan Israel pada Ogos 2025.
Katanya, selain Abu Ubaidah, empat lagi anggota Briged al-Qassam turut syahid antaranya Komander Briged al-Qassam Wilayah Rafah Muhammad Shabana, Panglima Tertinggi Briged al-Qassam Muhammad Sinwar, Timbalan Panglima Tertinggi Briged al-Qassam Raeed Saad dan Pegawai Medan Briged al-Qassam Abu Omar Al Syrian.
Sebagai tanda penghormatan, Briged al-Qassam memutuskan untuk mengekalkan gelaran “Abu Ubaidah” kepada mana-mana jurucakap yang akan menggantikan tempat Huzaifah selepas ini. — AlHijrah Online
Sumber : ALHIJRAH




