SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Air Kosong Sangat Bagus Untuk Badan Kerana…..

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pernah tak anda terfikir, kenapa kita dinasihatkan untuk minum air kosong?

Haa inilah sebabnya! Jom baca perkongsian di bawah!

1. Air kosong boleh melincirkan sendi

Masalah rawan ditemui dalam sendi dan masalah yang melibatkan tulang adalah disebabkan air yang mengandungi lebih 80 peratus. Kalau anda dehidrasi dalam jangka masa panjang anda boleh mengalami kesakitan sendi.

2. Air kosong menghasilkan air liur.

Air liur ni sangat penting untuk membantu kita mencerna makanan dan mengekalkan kelembapan mulut, hidung, dan mata. Ini akan mengurangkan geseran ataupun kerosakan. Minum air juga boleh membantu membersihkan mulut.

3. Air kosong boleh menghantar oksigen ke seluruh badan

Darah dalam badan kita mengandungi 90 peratus air dan ianya membawa oksigen ke bahagian tubuh badan yang berbeza. Jadi, kalau anda yang selalu minum air kosong, then badan anda akan dapat banyak air.

Jangan amalkan minum air bergula terlalu banyak kerana apabila gula masuk ke dalam darah, ia akan menyebabkan korang dapat penyakit diabetis.

Sumber: Medical News Today

Terkini | Popular