KE UDARA

AKU TAKKAN BERSUARA

NIKE ARDILA
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Aircond Kereta Tak Sejuk? Cuba Bersihkan Alat Ni

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Musim panas ini, penghawa dingin atau air cond kereta amat penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan nyaman. Namun, masalah yang sering dialami oleh pengguna kenderaan ialah, aircond yang tidak sejuk atau mulai rasa panas dan bahang walaupun aircond dibuka pada tahap maksimum!

Sebelum anda menghantar kenderaan anda kepada bengkel, apa kata anda cuba cuci dulu alat ini.

air cond kereta rasa panas, cuba bersihkan alat ni, mesti sejuk balik

Dikenali sebagai air filter atau penapis udara, alat ini berfungsi memerangkap habuk atau kotoran pada aircond, sebelum sampai kepada kita. Air filter yang banyak habuk menjadi punca kenapa aircond tidak sejuk. Ia terletak pada ruangĀ penumpang hadapan.

air cond kereta rasa panas, cuba bersihkan alat ni, mesti sejuk balik

Berikut adalah perkongsian cara dan teknik oleh Erry Hashim Jebat tentang cara mencuci air filter.

#1 Buka drawer pada ruang penumpang hadapan

#2 Keluarkan box kecil yang terdapat disitu, biasanya berwarna hitam.

#3 Cari penapis empat segi.

#4 Buka penapis daripada tempatnya, dan bersihkan habuk yang berada disitu.

#5 Selepas cuci, pasangkan kembali penapis dan aircond anda akan kembali sejuk.

***Air filter ini harus ditukar setiap 20,000 km. Tapi mereka yang guna jenis K&N type, tak perlu tukar, cukup sekadar membersihkan ia sahaja.

Sumber: Vanilla Kismis

Terkini | Popular