“Arwah Menangis Teresak-esak Depan Umi” – Pengasas Beauty Kaseh Kongsi Kisah Pemergian Kakak

Facebook
Twitter
Google+

Oleh Najmi Mamat

KOTA BHARU, 26 Jun 2019: Kisah pemergian pengasas produk kecantikan, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang telah mengejutkan ramai pihak pada bulan Mei lalu ternyata mula dikesan oleh ibunya.

Perkara itu dikongsikan adik kelima Allahyarham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Manis FM di sini hari ini. Arwah seolah-olah sudah pun memberikan petanda akan pemergiannya apabila ibunya melihat perubahan yang ada padanya.

Menurut pengasas produk kosmetik Beauty Kaseh itu, ibunya perasan perubahan itu ketika arwah menangis teresak-esak di hadapannya seminggu sebelum arwah pergi menunaikan umrah pada bulan Ramadhan.

“Dia masuk bilik mak saya dan menangis seperti anak-anak. Dia juga bercerita yang dia rindukan arwah abah.

“Kemudian dia pergi umrah enam hari dan mak saya mula gelisah, tetapi sebaik sahaja dia pulang, mak mula risau kembali sebab dia perlu hadir ke majlis pelancaran produk di Indonesia pula,” kata Faizul yang menjelaskan perkara itu tidak pernah dikongsikan oleh ibunya kepada sesiapa ketika itu.

“Pada hari kejadian, saya ada bermimpi bergaduh dengannya dan saya peluk dia, saya cium pipi dia sebelum Haji Rizal (abang ipar) buat panggilan mengatakan mereka terlibat dalam kemalangan,” kongsinya kepada DJ Shaz ketika sesi temu ramah bersempena penerimaan Anugerah Khas Wanita Cakna Kebajikan 2019 yang diberikan kepada arwah.

Mohd Faizul dan suami arwah, Haji Ahmad Shah Rizal Ibrahim ditemui ketika mewakili anugerah itu pada sambutan Hari Sayyidatina Khadijah di Hotel Grand Riverview.

Terdahulu, Faziani maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi pada 19 Mei selepas Toyota Estima dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah meninggalkan wasiat supaya empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik. // Foto Astro Awani

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008