‘Avengers: Infinity War’ pecah rekod!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

FILEM paling dinanti 2018, “Avengers: Infinity War” memecah rekod kutipan tayangan minggu pertama apabila memungut AS$630 juta (RM2.4 bilion).

Laporan portal antarabangsa menyebut angka itu berjaya dicatatkan walaupun filem tersebut belum pun memulakan tayangan di China, antara negara dengan jumlah penonton paling tinggi di dunia.

Ia sekali gus menjadikannya filem paling berjaya pada minggu pembukaan, mengatasi filem “The Fate of the Furious” yang mencatat AS$530 juta (RM2 bilion) ketika ditayangkan tahun lalu.

Bukan itu sahaja, “Infinity War” juga mencatat sejarah kutipan pembukaan tertinggi di Amerika Utara dengan memungut AS$250 juta (RM979 juta), mengatasi rekod sebelum ini yang dicatatkan “Star Wars: The Force Awakens” dengan kutipan sebanyak AS$248 (RM972 juta).

“Avengers: Infinity War”, terbitan Marvel Studios, ialah filem ketiga daripada siri Avengers, dan merupakan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sumber: Astro Awani