Badrul Afzan Puji Semangat Juang TFC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUCHING: Pengendali Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali tetap berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan pemain meskipun tersingkir daripada saingan Piala FA 2025 selepas menewaskan Kuching City FC (2-1) pada aksi timbal balik malam tadi.

TFC mencatat kemenangan di Kuching namun tewas dengan agregat 5-3, sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir.

“Walaupun kita mencipta kemenangan di Kuching, kita kena terima hakikat yang kita tidak layak ke separuh akhir,” kata Badrul selepas perlawanan.

Badrul turut memberikan penghargaan kepada semua pemain yang beraksi dengan semangat juang tinggi dalam usaha menghidupkan peluang.

Beliau turut memuji perubahan positif yang ditunjukkan pemain selepas melakukan enam pertukaran berbanding aksi pertama di Kuala Terengganu.

“Pada perlawanan pertama saya menukar enam pemain tetapi pemain yang diberi tanggungjawab malam ini menunjukkan kualiti dan kesungguhan untuk menang.

“Alhamdulillah, kita menang walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Badrul berharap momentum kemenangan itu dapat diteruskan dalam saingan Liga Super apabila kedua-dua pasukan kembali bertemu tidak lama lagi.

“Kita bersedia untuk bertemu Kuching di Liga Super. Saya harap momentum kemenangan ini diteruskan. Insya-Allah,” tambahnya.

Sumber: Berita Harian