SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Bagilah polis siasat dahulu! Jangan tuduh melulu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tumpat: Tangkapan terhadap seorang lelaki berhubung rampasan 494 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat di Kampung Lambor di sini, Jumaat lalu adalah bagi membolehkan polis membuat siasatan terperinci.

Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu adalah kerana keperluan untuk polis membuat siasatan lanjut sama ada lelaki itu ada kaitan dengan suspek utama pengedar dadah yang diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pihaknya boleh membuat tangkapan tanpa waran sekiranya wujud syak munasabah bersandarkan peruntukan Seksyen 23(1)(a) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Beliau berkata, susulan penahanan lelaki terbabit menyebabkan timbulnya banyak komen negatif daripada warganet yang mendakwa individu itu tidak bersalah dan hanya kebetulan melalui lokasi itu.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa tangkapan yang dibuat ke atas penunggang motosikal itu tempat kejadian adalah kerana keperluan polis menyiasat sama ada lelaki itu ada kaitan dengan kes berkenaan,” katanya tadi.

Abdul Rashid berkata, masyarakat perlu memahami situasi yang berlaku dalam kejadian pada jam 9.50 malam Jumaat lalu itu membabitkan insiden mengejar suspek sejauh 10 kilometer (km) sehingga memasuki jalan kampung.

Kenderaan model Honda CR-V yang dipandu suspek utama kemudian terbabas ke dalam tali air di Kampung Lambor, Wakaf Bharu di sini.

Menurutnya lagi, pihak polis terpaksa bertindak pantas apabila suspek utama menahan motosikal ditunggangi lelaki terbabit sebelum memboncengnya.

“Kami memberi jaminan penuh tiada apa-apa kekerasan dilakukan sepanjang lelaki itu berada di dalam tahanan pihak polis,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, sebanyak 12 plastik mengandungi 494 kg ganja mampat bernilai RM1.2 juta ditemui dalam kenderaan Honda CR-V yang terbabas.

Bagaimanapun suspek utama melarikan diri ke dalam belukar selepas cuba membonceng motosikal seorang lelaki yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Penunggang motosikal itu ditahan reman selama seminggu bermula 17 hingga 23 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber: My Metro