SEGMEN TERKINI

MANIS XPRES

3pm - 7pm

Banjir: 13 PPS dibuka di Kuantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Sejumlah 33 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dibuka di daerah ini menempatkan 2,434 mangsa dari 33 kampung.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, jumlah keseluruhan mangsa tersebut membabitkan 711 keluarga.

“Hal ini berikutan situasi semasa banjir Kuantan akibat hujan berterusan bermula 3 Januari.

“Pada masa sama, paras air meningkat menyebabkan banjir yang mendadak melibatkan beberapa kawasan di daerah ini terutama Sungai Lembing, Seri Damai dan Paya Bungor Gambang dan kawasan Beserah serta Kampung Galing,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini pada Isnin.

Mohd Noor berkata, polis terpaksa menutup beberapa laluan di Sungai Lembing kerana masih dinaiki air dan difahamkan sehingga pagi Isnin, keadaan masih belum surut.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dengan kenaikan aras air atau banjir kilat terutama di laluan utama Jalan Persekutuan.

“Hari ini laluan utama Jalan Persekutuan boleh dilalui. Tapi jalan ke Sungai Lembing masih belum boleh dilalui dan kena waspada. Semalam ditutup secara total akibat kenaikan air dan arus deras,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai terutama mangsa yang ditempatkan di PPS untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 serta tidak keluar masuk ke rumah masing-masing sehingga dimaklumkan pihak berkuasa.

“Bagi pengguna jalan raya, status laluan daripada Kuantan Ke Kuala Lumpur telah dibuka dan boleh dilalui. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi bilik gerakan IPD di talian hotline 09-5143799 / 09-5652090 / 09-5142999 pada bila bila masa,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Terkini | Popular