Banjir Buruk Di Jakarta, 5 Orang Meninggal Dunia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Akibat banjir buruk yang melanda, lima orang telah terkorban dalam banjir yang menenggelamkan seluruh kawasan kejiranan di ibu kota Indonesia, Jakarta, pihak berkuasa Indonesia memberitahu. Ramai penduduk ketika ini kembali untuk membersihkan rumah dan menyelamatkan barang-barang mereka.

Bandar Jakarta telah dilanda hujan lebat pada hujung minggu, sehingga membanjiri puluhan jalan utama dan memaksa ratusan terpaksa dibawa ke tempat perlindungan kecemasan.

Seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui mati setelah terperangkap di rumahnya yang dipenuhi air di bahagian selatan ibukota yang teruk dilanda banjir, lapor ata ketua agensi mitigasi bencana Jakarta Sabdo Kurnianto kepada pihak Agence France-Presse (AFP).

Tambahnya lagi, terdapat tiga kanak-kanak lelaki mati setelah dihanyutkan oleh banjir, dan seorang gadis lemas.

Agensi meteorologi Indonesia memberi amaran bahawa Kota Besar Jakarta yang penduduk di wilayah sekitar itu seramai 30 juta, sering dilanda banjir pada musim hujan dan dapat menjangkakan bahawa hujan akan turut dengan lebat lagi minggu depan.

“Air sungai melimpah dan mendatangkan banyak lumpur … Saya mengalami kerugian kewangan yang besar,” kata Ali Fatullah, seorang penjual buah di kota Bekasi di pinggir Jakarta. Banyak perabot dan alat elektronik rosak disebabkan banjir.

Kurnianto memberitahu bahawa kira-kira 1700 orang masih lagi tinggal di tempat perlindungan, meskipun banyak penduduk mula pulang ke rumah mereka.

Air banjir telah melanda 200 kawasan kejiranan di wilayah itu, dan terdapat 40 kawasan kejiranan yang masih dibanjiri sekurang-kurangnya satu kaki air.

Jakarta menyaksikan beberapa banjir paling dahsyat dalam beberapa tahun pada Januari tahun lalu setelah hujan lebat yang juga mengakibatkan tanah runtuh.

Hampir 67 orang mangsa di ibu negara dan bandar-bandar berdekatan terbunuh dalam bencana itu.