SEGMEN TERKINI

MANIS XPRES

3pm - 7pm

Batal hasrat buat ibadah korban

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar Hiasan

Kuantan: Jawatankuasa Masjid Ittifaqiah Taman Seri Inderapura (MITSI), di sini mengambil keputusan membatalkan program ibadah korban apabila hampir semua 42 peserta memutuskan supaya program berkenaan dibatalkan.

Timbalan Pengerusi MITSI, Rashid Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 dalam kalangan peserta korban termasuk penduduk setempat.

Menurutnya, kawasan Taman Seri Inderapura kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Lokaliti Berisiko Daerah Kuantan bermula hari ini hingga 31 Julai .

“Walaupun kebenaran melakukan ibadah korban diterima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan, peserta tetap sepakat untuk membatalkan program yang sepatutnya diadakan pada pagi Aidiladaha, Selasa ini.

“Semua persiapan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan PAID Kuantan untuk program korban sudah disediakan, antaranya pagar untuk menempatkan enam lembu dalam kawasan khas sebelum disembelih.

“Saya terpaksa menghubungi pembekal lembu untuk menyatakan pembatalan pembelian lembu yang dijanjikan sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Sumber: My Metro