Bek Kiri Man United Dalam Radar Al-Nassr

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

RIYADH – Cristiano Ronaldo dijangka akan bergabung kembali dengan bekas rakan sepasukan Manchester United di Al-Nassr.

Ronaldo, 38, menyertai kelab Arab Saudi itu pada pertengahan musim selepas tidak sehaluan dengan pengendali United, Erik ten Hag.

Kini kelab Liga Pro Saudi itu dikatakan akan membawa masuk bek kiri dari Brazil, Alex Telles yang dipinjamkan ke Sevilla oleh United musim ini.

Pertahanan berusia 30 tahun itu tercicir daripada skuad utama selepas ketibaan Tyrell Malacia sebagai sokongan kepada Luke Shaw di posisi bek kiri.

Brandon Williams juga menjadi pilihan buat Ten Hag di posisi berkenaan.

Al-Nassr dikatakan berminat untuk menandatangani Telles yang masih berbaki setahun kontraknya di Old Trafford.

Telles beraksi 32 kali untuk Sevilla musim ini dan turut membarisi skuad Piala Dunia Brazil kendalian Tite.

Sumber : BERITA HARIAN