SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Bendera Pahang Berkibar Megah Di Bumi Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Sejarah tercipta apabila buat pertama kali bendera Pahang berkibar megah diiringi lagu ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’ bergema di bumi Gaza, Palestin sebagai simbolik pelancaran secara maya Projek Rakyat Pahang di bumi Gaza oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi projek tersebut, Kerajaan Pahang menyumbang sebanyak RM700,000 kepada Tabung Pahang4Palestine pada Kempen Kutipan Dana Tabung Pahang4Palestine serta Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Palestin itu.

Sejarah tercipta apabila buat pertama kali bendera Pahang berkibar megah diiringi lagu ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’ bergema di bumi Gaza, Palestin sebagai simbolik pelancaran secara maya Projek Rakyat Pahang di bumi Gaza oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis tersebut telah diadakan serentak di Negeri Pahang dan Palestin menerusi atas talian di mana majlis pelancaran projek amal Kerajaan Pahang dilaksanakan secara maya di bumi para anbiya itu.

Penyerahan mock cheque telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kepada wakil Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Jumlah kutipan dan sumbangan tersebut akan digunakan untuk membaik pulih Sekolah Julis yang terletak di Bandar Gaza.

Kerajaan Pahang menyumbang sebanyak RM700,000 kepada Tabung Pahang4Palestine pada Kempen Kutipan Dana Tabung Pahang4Palestine serta Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Palestin itu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak kerajaan negeri akan memastikan sumbangan dan kutipan akan disampaikan kepada rakyat di bumi Palestin.

“Ini adalah janji kita tempoh hari untuk memastikan setiap derma dan kutipan akan sampai kepada rakyat di bumi Palestin.

“Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak daripada ahli UMNO, NGO, orang perseorangan dan peniaga-peniaga kecil yang menderma kepada tabung Palestine ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penutup Kempen Kutipan Dana Tabung Pahang4Palestine dan Pelancaran Projek Rakyat di Bumi Gaza di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Hadir sama ialah YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, Pengerusi 1 Program Kutipan Dana Pahang4Palestine, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, Barisan Exco Kerajaan Pahang dan turut dihadiri secara maya oleh Timbalan Menteri Pendidikan Gaza, Palestin, Dr. Ziad Thabit dan Timbalan Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Agama Gaza, Palestin, Dr. Abdul Hadi Al-Agha.

Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan kutipan berjaya dikumpul menerusi Kerajaan Negeri, UMNO Pahang dan UMNO Bahagian dalam negeri Pahang, Kariah Masjid Jaya Gading, kutipan secara atas talian menerusi aplikasi PahangGo, lelongan amal barangan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang , YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, sumbangan peniaga-peniaga dan kutipan awam.

Tempoh kutipan dilaksanakan adalah bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir pada 31 Ogos lalu serta mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Kerajaan Pahang, Kementerian Pendidikan Gaza, Palestin, Kementerian Waqaf Hal Ehwal Agama Gaza, Palestin, Badan Perhubungan UMNO Pahang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sumber: PAHANGMEDIA