SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

‘Berani Tegur’ Didik Masyarakat Bertanggungjawab Terhadap Alam Sekitar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melancarkan kempen ‘Berani Tegur’ peringkat negeri bagi mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata Pahang merupakan negeri pertama yang melaksanakan kempen berkenaan.

“Melalui kempen ini, penglibatan setiap individu dan masyarakat sangatlah diperlukan bagi memastikan kempen ini dapat mencapai sasaran ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda

“Kempen ini bertujuan untuk menimbulkan lebih rasa tanggungjawab dalam kalangan individu dan masyarakat, dan menjadikan mereka lebih berani untuk menegur secara terus sebarang salah laku alam sekitar yang dilakukan oleh individu di sekeliling mereka.

“Mereka ini kita anggap sebagai ‘Hero Kebersihan’ yang bukan sahaja berani menegur, tetapi turut berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, termasuklah kepada pihak SWCorp jika ternampak sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen berkenaan di Hotel Swiss Garden Resort.

Turut hadir, Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Encik Sharudin Hamid dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Menurut Encik Sharudin, kempen ‘#Berani Tegur’ ini diharapkan dapat menyuntik dan melahirkan rasa tanggungjawab dalam masyarakat.

“Diharapkan dengan pelancaran kempen pada ‘Berani Tegur’ ini setiap individu dalam kalangan masyarakat khususnya di Negeri Pahang untuk sama-sana memainkan peranan dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA