Beras ERA ROVING Squad Mula Jelajah Negeri Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TUMPAT – Beras ERA anjurkan Program Roving Squad bagi daerah Pantai Timur bermula dari Kelantan bagi mempromosikan pelbagai produk keluaran Beras ERA kepada lebih ramai pengguna di negeri ini.

Assistant Manager Brand, Marketing/Commercial – Jasmine Foods Corporation SB, Nurazumy Najid berkata, tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan Beras Era Sultan Basmathi kepada penduduk di negeri Kelantan.

“Hari ini Kelantan adalah destinasi yang ketiga untuk ERA Roving Squad yang dibuat sepanjang tahun sampai bulan Disember”.

Tambahnya lagi, istimewa di Kelantan kali ini, beras Sinar Timur akan turut dipromosikan khas bagi penduduk negeri ini.

Menurutnya lagi, uniknya bagi program ini pengunjung boleh dapatkan pek beras sampel percuma sebanyak 400 gram daripada Skuad ERA, pelbagai permainan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik daripada ERA Foods.

Program Roving Squad menjelajah negeri Kelantan selama tiga hari bermula 30 Jun hingga 2 Julai dengan dimulai Tumpat dan berakhir di Gua Musang.

Beliau juga berharap melalui program ini lebih ramai pengguna kenal dan bertukar arah daripada beras biasa kepada penggunaan beras ERA Basmathi dalam kegunaan harian disebabkan khasiatnya yang baik untuk kesihatan.

Untuk rekod, Beras ERA Sultan Basmathi merupakan beras yang mampu milik dan baik untuk kesihatan iaitu rendah glisemik yang membolehkan beras ini boleh dimakan hari-hari.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM