Betul Ke Ibu Hamil Tak Boleh Makan Nanas?

Facebook
Twitter
Google+

“Eh kau jangan makan nanas tu, bahaya nanti boleh gugur. Susah nanti”

Ayat ini mungkin seringkali didengari oleh para wanita khususnya ibu yang sedang hamil. Betul atau tidak? Banyak petua tentang pemakanan ibu hamil yang kita boleh dapati di laman media sosial dan internet tetapi penting juga untuk para ibu mengenali sama ada petua tersebut mitos atau tidak. Jadi, kalau nak tahu sama ada nanas boleh dimakan oleh ibu hamil atau tidak, ini penjelasannya.

BETUL KE MAKAN NANAS BOLEH SEBABKAN KEGUGURAN?

Untuk pengetahuan anda, menurut artikel dari Healthline.com makan nanas dalam jumlah yang sedikit tidak akan memberikan kesan kepada kandungan si ibu. Malah, nanas juga merupakan antara buah yang dapat membekalkan nutrien yang bagus semasa awal kehamilan. Selain buah oren, nanas juga adalah penyumbang kepada Vitamin C juga tau.

Walaupun boleh makan buah nanas, info dari Babycenter.com juga sarankan para ibu untuk makan buah nanas secara sederhana kerana kalori nanas datangnya daripada gula. Namun begitu, sampai sekarang masih ramai lagi dalam kalangan ibu hamil yang mengelak dari makan buah nanas gara-gara informasi yang disampaikan sejak sekian lama.

APA YANG BAHAYANYA?

Turut diingatkan kepada ibu hamil bahawa mengambil kandungan buah nanas yang banyak dan turut dimakan bersama asam adalah tidak disarankan. Hal ini boleh mengganggu kondisi kandungan kerana makanan yang dimakan akan menjadi terlalu masam.

Buah nanas yang matang, justeru banyak mengandungi zat-zat pemakanan untuk perkembangan janin, seperti vitamin A, vitamin C, kalsium (Ca), fosforus (P), magnesium (Mg), zat besi (Fe), natrium (Na), kalium (K), gula Dektrosa, sukrosa dan serat. Oleh itu, sebelum dimakan rendamlah di dalam air garam untuk menghilangkan getahnya.

Jem nanas pula adalah selamat untuk dimakan oleh ibu hamil. Namun,  penting untuk anda had pemgambilannya agar anda , kerana mengandungi kadar gula yang tinggi. Jadi, kalau nak makan roti bersama jem nanas atau kuih, pastikan jangan makan banyak ya.

Sumber: Siraplimau

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008