Bila Dan Macam Mana Nak Didik Anak Berpuasa?

Facebook
Twitter
Google+

Agaknya anda masih ingat lagi tak, kali pertama anda mula berpuasa? Mesti ada yang banyak ponteng dan curi-curi minum air.

Bagi kanak-kanak, para ibu bapa bertanggungjawab mendidik mereka soal puasa seawal empat tahun hingga sembilan tahun.

Biar tubuh mereka terbiasa dengan rutin selama satu bulan ini, namun tidak bermakna anda perlu memaksa mereka sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan.

Sekiranya tidak mampu pada usia yang awal, mulai pada umur 7 tahun kerana terdapat sebuah hadis memerintahkan agar kanak-kanak berusia 7 tahun mula beribadah. Sebahagian ulama berpendapat ibadah lain juga boleh dianjurkan tatkala sampai usia 7 tahun.

Jadi, buat para ibu bapa yang masih pening hendak memujuk dan mengajar si kecil tentang berpuasa. Mari ikuti tips dari Wanista.

#1 Alih perhatian

Diriwayatkan daripada al-Rubaiyyi’ binti Mu’awwiz r.ha bahawa wanita-wanita Ansar mendidik anak kecil mereka tentang berpuasa. Jika anda mereka menangis kerana lapar diberikan permainan untuk anak-anak lalai bermain sehingga waktu berbuka.

Foto – iDiva

Cara begini anda boleh jadikan rujukan untuk memberi beberapa aktiviti kepada anak untuk mereka terus leka dan berhenti merengek. Mungkin anda boleh izinkan mereka untuk menonton kartun kegemaran atau komik untuk beberapa jam. Tidak pun berikan bacaan mengenai bulan ramadan atau apa sahaja aktiviti minda dan DIY.

#2 Ceritakan tentang ganjaran Allah SWT

Tahukah kanak-kanak yang tidak akil baligh tapi berpuasa juga akan mendapat pahala. Ambil masa bersama dengan anak-anak untuk berceritakan tentang kebaikan berpuasa dan kisah-kisah sirah mengenai puasa. Terapkan ilmu tentang agama islam yang indah dan amat sesuai dengan fitrah manusia.

#3 Latih mengikut kemampuan

Ingat jangan paksa! Jangan bandingkan kemampuan anak anda dengan anak orang lain. Sebaiknya beri mereka kelonggaran untuk berbuka. Cukup sekadar dengan memberi makan dan minum yang sewajarnya dan sering mengingatkan mereka untuk terus mencuba pada keesokan harinya.

Foto – awal.my

#4 Beri reward yang positif

Beri dorongan dengan kata pujian walaupun si anak hanya mampu berpuasa dua tiga jam. Teringat dulu-dulu, ibu dan ayah penulis suka buat cabaran berpuasa dengan duit raya. Siapa dapat puasa paling lama, banyaklah duit raya akan terima. Jadikan berpuasa ini suatu yang menyeronokkan buat si kecil, seperti akan membeli pakaian baru sempena hari raya nanti atau kamu berjanji untuk menyediakan makanan kegemaran ketika berbuka.

Semoga perkongsian ini berguna untuk keluarga anda. Selamat beramal!

Sumber : Wanista.com

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008