SEGMEN TERKINI

MANIS MANIS PAGI

6am - 10am

Bilik ‘standby’ anggota trafik terbakar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar Hiasan

Kepala Batas: Bilik persediaan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Jalan Kedah, di sini, kebakaran awal pagi tadi.

Insiden jam 4.25 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian disedari seorang anggota yang berada dalam bilik terbabit apabila berasa sesak nafas dan panas.

“Anggota itu nampak api marak bermula di bahagian tingkap bergegas keluar sebelum memaklumkan kepada seorang lagi rakan setugasnya.

“Kebakaran membabitkan bilik persediaan (standby) anggota trafik yang beroperasi selama 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan pada 5.20 pagi oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala jumlah kerugian serta punva kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: My Metro