Bonanza Kasut U 2022 ‘Beli dan Menang’ Berjaya Tarik Lebih 30 Ribu Penyertaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kempen Bonanza Kasut U telah berjaya menarik lebih 30 ribu penyertaan sepanjang 2 bulan diadakan yang bermula 1 April hingga 31 Mei 2022.

General Manager Kasut U Sdn Bhd, Richard Gan berkata kempen bonanza seperti ini dua tahun telah tidak boleh diadakan akibat pandemik Covid-19.

“Jadi Kasut U sangat berterima kasih kepada semua pelanggan setia Kasut U yang selalu menyokong produk Kasut U selama ini.

“Dari kecil hingga ke peringkat dewasa menyokong bersama-sama membeli produk di Kasut U” ucap beliau pada Majlis Cabutan Bonanza ‘Beli dan Menang’ bertempat di Kaust U Jalan Banggol.

Kempen Bonanza kali ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM 100,000 kepada pemenang yang bertuah dengan pembelian produk Kasut U bernilai RM 110 ke atas di mana-mana cawangan Kasut U.  

Pelbagai hadiah istimewa lain turut ditawarkan antaranya sebuah motorsikal, seutas gelang rantai emas, set televisyen dan pelbagai hadiah yang sangat lumayan kepada peserta yang bertuah.

Dalam majlis tersebut, Faizatul daripada Kemaman muncul sebagai peserta yang paling bertuah apabila dapat membawa pulang RM 10,790 dengan pembelian RM 179 di Kasut U.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi KRT Gong Baru, Hanafiah Ismail dan Ketua Cawangan Khas Daerah Kuala Terengganu, DSP Iswandy Abd.Lah.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM