SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Bongkar Lokasi Lombong Emas Haram Di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membongkar kegiatan melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Ulu Jelaidan menahan lima pelombong ketika menyerbu lokasi terbabit.

Penolong Pengarah Kanan (Penguat kuasa Zon Pahang Barat) JPNP Azmi Mohd Zain, pelombong haram yang ditahan itu merupakan dua warga tempatan, dua warga China dan seorang warga Myanmar berusia dari 30 hingga 58 tahun.

Sebuah palong yang digunakan untuk melombong emas telah ditemui dan turut dirampas adalah pelbagai peralatan melombong, generator elektrik,tangki minyak, dua jengkaut, enjin pam air, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal. Satu laporan polis dibuat di balai polis Lipis berhubung kegiatan ini manakala lima individu yang ditahan dibebaskan selepas mendapat jaminan polis.

Azmi berkata, serbuan di lokasi yang terletak di Kompartment 233 berdekatan Sungai Cheniau, Mukim Batu Yon itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan oleh pihaknya dengan menggunakan dron sebelum menemui kawasan lombong haram itu. Hasil siasatan mendapati aktiviti melombong secara haram itu dilakukan sejak sebulan lalu.

Tambah beliau, pelombong haram itu bertindak menarah tebing Sungai Cheniau sepanjang 150 meter hingga 200 meter bagi tujuan mengambil dan memindahkan bahan galian sebelum melalui proses semburan di dalam palong.

Tambahnya, UPK Zon Pahang Barat akan terus berusaha mengesan kegiatan menceroboh hutan simpan di Raub, Jerantut dan Lipis bagi tujuan aktiviti melombong emas, mencuri balak dan hasil hutan lain.

Sumber:Sinar Harian

Terkini | Popular