Budak Lelaki 11 Tahun Lemas Terjatuh Dalam Tali Air Ketika Memancing

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Dipercayai seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas akibat terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama rakannya berhampiran balai raya Chengal Lemping di sini, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani, pihaknya menerima panggilan kecemasan  pada jam 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian.

Namun beliau berkata, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity telah ditemukan oleh orang awam sekitar tali air selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan.

Tambah beliau, anggota bomba yang tiba di lokasi berkenaan bertindak untuk memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ambulans datang, namum pasukan perubatan turut hadir kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Sumber: BERNAMA